Koperasi Kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu Berhad (KO-UniSZA) ditubuhkan tahun 2010 dengan keanggotaan terdiri daripada staf Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Koperasi ini berperanan sebagai platform untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan sosial anggotanya melalui pelbagai aktiviti perniagaan dan perkhidmatan kewangan.